Secara logiknya kita perlu mengikut apa yang terkandung dalam BQ kerana ia merupakan satu item yang telah diikat dengan kos pembinaan yang telah dikontrakkan, jika tidak ia akan menjadi satu perubahan kadar harga kontrak yang diperlukan kelulusan. Disamping itu kita harus juga mengkaji semula kesan beban “dead load” yang perlu ditanggung oleh kekuda bumbung kerana dalam lukisan telah dengan jelasnya menyatakan skop kerja bumbung adalah dari jenis “roof tiles” jika berbanding dengan kandungan dalam BQ yang menyatakan ia adalah dari jenis “metal decks”. Dalam konteks ini, sudah tentu sistem kekuda bumbung juga harus dikaji semula dan disediakan kos anggaran baru berasaskan kepada keperluan dengan kelulusan keputusan muktamad.