search
Log In
8 votes
72 views
Peranan Pegawai Daftar Aset di Kementerian, Jabatan, Negeri dan Daerah
in Assets & Facilities Management 3,400 points 2 12 26

1 Answer

3 votes

Peranan Pegawai Daftar & Data Fasiliti (PDF) menurut Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (TPATA) adalah seperti berikut :

a)           PDF di peringkat kementerian (PDF (Kem.))

  1. Mengawal dan memantau pelaksanaan pengurusan penerimaan dan daftar aset ; 
  2. Memastikan kelancaran capaian terhadap aplikasi sistem PATA oleh semua pengguna ; dan 
  3. Menguruskan penyediaan pelaporan terhadap maklumat  pendaftaran, perancangan, perbelanjaan, aktiviti operasi dan penyenggaraan serta pelupusan aset .

b)      PDF di peringkat jabatan/ agensi (PDF (Jab.))

  1. Menguruskan pelaksanaan pengurusan penerimaan dan daftar aset ; 
  2. Memastikan maklumat dan data daftar aset Kerajaan milik agensi mematuhi tatacara dan aplikasi sistem PATA yang ditetapkan; 
  3. Menyelaras dan memastikan kelancaran capaian terhadap aplikasi sistem PATA oleh semua pengguna ; 
  4. Memberi khidmat nasihat, latihan dan sokongan penggunaan aplikasi sistem PATA kepada semua pengguna ; dan 
  5. Menyemak dan mengemukakan pelaporan terhadap maklumat  pendaftaran, perancangan, perbelanjaan, aktiviti operasi dan penyenggaraan serta pelupusan aset kepada PDF Kementerian.

c)       PDF di peringkat negeri (PDF(Neg.))

  1. Melaksanakan pengurusan penerimaan dan daftar aset ; 
  2. Mengemaskini maklumat dan data daftar aset berdasarkan tatacara dan aplikasi sistem PATA yang ditetapkan; dan 
  3. Menyediakan pelaporan terhadap maklumat pendaftaran, perancangan, perbelanjaan, aktiviti operasi dan penyenggaraan serta pelupusan aset.

Untuk makluman, PDF hanya wujud hingga di peringkat negeri sahaja.

 

2,480 points 9 18 31
...