search
Log In
15 votes
92 views

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Seperti semua sedia maklum, career path di JKR adalah bermula dari J41 sehingga JUSA. Semasa J41-J44, pegawai akan didedahkan dengan pelbagai bidang melalui penempatan di cawangan yang berbeza-beza setiap 3 - 5 tahun sekali, sebelum dikhususkan kepada bidang kepakaran semasa J48 ke atas. 

Namun, terdapat segelintir pegawai yang mempunyai pengkhususan (cth: Master / PHD / Pensijilan Kompetensi) dan minat yang mendalam terhadap sesuatu bidang, sedari J41. 

Penentuan penempatan semasa J41-J44 amat penting memandangkan pegawai melaksanakan kerja 'on the desk' (cth: kerja rekabentuk struktur) pada fasa ini. Bagi contoh ini, pegawai J48 ke atas yang mempunyai pengalaman rekabentuk struktur yang mendalam semasa J41-J44 akan sangat dapat membantu dan menyumbang serta boleh memberi tunjuk ajar yang baik kepada pegawai seliaan beliau, justeru menyumbang kepada penyampaian hasil yang sangat memberangsangkan. 

Adakah lebih baik sekiranya pegawai J41-J44 dikekalkan dalam sesuatu bidang bagi mengasah kebolehan dan kepakaran beliau? Atau adakah lebih baik sekiranya pegawai tersebut didedahkan kepada satu bidang baru di luar kepakaran beliau bagi membolehkan beliau merasa semua secara asas? Contoh bidang yang dimaksudkan adalah kejuruteraan struktur / kejuruteraan jalan / kejuruteraan maritim dan sbg. 

Mohon pandangan. Terima kasih.

in Human Resource Management 250 points 1 1 5

1 Answer

6 votes

Merujuk kepada laluan kerjaya pegawai JKR di atas, saya berpendapat titik pemilihan kerjaya bagi gred 48 (di sekitar tahun bertugas ke 6 - 8) memberikan ruang dan masa yang mencukupi bagi seseorang pegawai untuk mempelajari dan memperolehi pengetahuan dan pengalaman teknikal yang diperlukan sebelum memilih laluan kerjaya di peringkat seterusnya. 

Seperti yg dinyatakan, melalui pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki oleh pegawai Gred 48, beliau akan dapat menyelia kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pegawai Gred 41/44 dengan lebih berkesan.

Namun, dalam masa yang sama, di samping kompetensi di dalam bidang teknikal, pegawai tersebut perlu menyediakan diri dalam aspek soft-skill seperti skil komunikasi mahupun kepimpinan. Ini sedikit sebanyak akan membantu pegawai apabila berurusan dengan agensi luar atau pihak2 berkepentingan seperti menghadiri mesyuarat atau pembentangan kertas kerja. 

49,960 points 33 88 177
...