search
Log In
13 votes
67 views
in Pavement 3,580 points 11 33 40

1 Answer

8 votes
Apa tujuan kita spray prime coat? Untuk kita ikat butiran longgar crusher runs, tutup air voids dan sediakan permukaan roadbase kalis air, keraskan permukaan roadbase, dan untuk ikat permukaan roadbase pada asphalt binder course. Kita biar dia penetrate perlahan-lahan ke dalam crusher runs. Sebab itu kita pakai slow setting bitumen emulsion SS-1K, bukan rapid setting RS-1K. Kita spray SS-1K sehingga 1.0 liter/sq.m. Spesifikasi kata emulsion itu seharusnya dibiar kering dan tidak terusik oleh trafik selama sekurang-kurangnya 24 jam untuk capai maximum penetration ke dalam roadbase. Tidak boleh dibuka pada trafik sehingga prime coat itu telah cured sepenuhnya dan tidak akan terkopek oleh tayar kenderaan. Spesifikasi juga kata kita tidak boleh turap binder course dalam masa kurang dari 24 jam. Namun, tidak selalu dipraktis macam itu. Kita terpaksa buka pada trafik lebih awal, tidak sampai 1 jam lepas spray, untuk elak kesesakan trafik katanya. Kalau kes macam itu, kita perlu spread quarry dust duhulu sebelum dibuka pada trafik untuk elak emulsion itu dari melekat pada tayar. Namun dalam tempoh itu juga, quarry dust akan melekat dan menutup emulsion pada permukaan roadbase itu. Jadi dia tidak lagi dapat berfungsi sebagai pengikat pada binder course. Oleh itu, wajar kita spray tack coat dahulu (kalau ada loose quarry dust yang tidak melekat, sapu dan buang dahulu) sebelum turap binder course.
15,950 points 4 30 81
...