Saya ingin bertanya, kemudahan/peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana atau PhD kebanyakkannya terbuka kepada pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P). Bagaimana pula kemudahan/peluang sekiranya pegawai dari kumpulan sokongan (Penolong Jurutera) yang mempunyai Ijazah atau Sarjana untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi? Adakah kemudahan/peluang yang disediakan itu hanya terhad kepada kumpulan P&P sahaja? Sekiranya pegawai dari kumpulan sokongan ini berminat untuk melanjutkan pelajaran, apakah syarat dan kelayakan yang diperlukan?