menjelang musim perayaan, akan ada pemandu2 yang hanya setahun sekali menggunakan lebuhraya, keadaan ini sebenarnya yang menjadi punca lebuhraya sesak kerana berada di lorong yang salah, pendekatan memberikan info mengenai cara menggunakan lorong di lebuhraya perlu diulang siar di media2 utama agar pengguna bermusim ini tahu di mana tempat berhenti, di mana tempat selamat untuk meletakkan kenderaan, dilorong mana perlu berada dengan kelajuan yang sesuai.
Selain itu, kesedaran mengenai bertapa berharganya nyawa juga perlu disiarkan di sesetengah kawasan sepanjang lebuhraya bagi memastikan mereka sentiasa berwaspada.
Penggunaan lampu pantul cahaya pada permukaan lebuhraya juga amat penting di kawasan2 yang sering berlaku kemalangan atau yang dikategorikan berisiko.