search
Log In
18 votes
60 views
Yang mana satu sistem hawa dingin yang lebih efisien: inlet diffuser yang direkabentuk dari bahagian atas (siling) atau inlet diffuser yang diletakkan di bawah (aras lantai)?
in Mechanical 1,000 points 4 5 12

1 Answer

6 votes
Secara konsepnya, pembekalan udara sejuk oleh inlet diffuser di aras lantai mempunyai kelebihan iaitu senang menolak udara panas  (thermal lift) di dalam bilik naik keatas ke diffuser udara balik berbanding inlet di aras siling.

Inlet diffuser aras lantai kebiasaannya digunakan pada bilik-bilik server dan komputer, namun
konsep ini tidak popular di gunakan pada bangunan-bangunan pejabat atas faktor seringkali
dikaitkan dengan kualiti udara dalaman dimana ruang inlet diffuser yang sukar diselenggara akan menyebabkan ianya menjadi tempat berkumpulnya habuk dan bendasing disamping menjadi tempat yang sesuai untuk makhluk perosak bersarang.

SME:

Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad
51,920 points 33 88 182
...