search
Log In
17 votes
32 views

Apakah perancangan JKR terhadap cadangan penggunaan “Long Life Surfacing” seperti “epoxy asphalt” dan “high performance cementitious materials (HPCM)” demi mengelakkan kos penyenggaraan jalan yang kian meningkat dan kekang disamping itu juga dapan tingkatkan Expected Lifespan sesebuah jalan?

in Road 48,820 points 106 195 351

1 Answer

4 votes
 
Best answer
Kenapa tidak syorkan pavemen konkrit yang dikatakan dapat bertahan sehingga 1001 tahun? Terdapat bermacam-macam jenis premium grade asphalt yang wajar digunakan bagi kawasan high stress dengan beban trafik yang tinggi. Lupakan sekejap 'epoxy asphalt' dan 'HPCM' itu. Pernah dengar semi-rigid surfacing atau lebih dikenali sebagai densiphalt? Boleh rujuk REAM Guidelines yang diterbitkan lama dahulu. Ia merupakan open-graded porous asphalt di mana ruang air voids besar yang terkandung di dalamnya (18 - 25%) diisi sepenuhnya dengan 'special cement-based mortar' untuk memberi daya rintangan yang tinggi terhadap rutting dan ketahanan terhadap kesan limpahan diesel ke atas binder sepertimana yang digunapakai di lorong bas di ibukota. Pernah dengar 'ultra surface polymer concrete'? Dipakai oleh syarikat konsesi lebuhraya di kawasan plaza tol.

Bagaimana pula dengan stone mastic asphalt yang dihasilkan dengan menggunakan polimer sintetik atau crumb rubber dari tayar terpakai atau natural rubber dari pokok getah? Struktur pavemen landasan terbang KLIA dan kebanyakan lapangan terbang lain menggunakan polymer modified asphalt (PMA). Apa yang hendak dikatakan di sini ialah terdapat banyak pilihan sedia ada yang telah dimasukkan dalam spesifikasi JKR atau REAM namun tidak banyak yang digunakan bagi rangkaian jalanraya di negara ini. Adakah initial cost menjadi penghalangnya? Memang diakui kos penurapan premium grade asphalt adalah lebih tinggi dari asphalt konvensional. Kita juga tidak seharusnya abaikan peranan penyenggaraan rutin yang perlu dijalankan secara berhemah tanpa kompromi terhadap kualiti bagi memelihara fasiliti jalanraya supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat dan selesa. Kegagalan melaksanakan penyenggaraan dengan berkualiti hatta tampal pothole, seal crack, cuci longkang dan gred bahu jalan sekalipun yang kadang kala dianggap remeh dan tidak penting boleh menyebabkan kerosakan permukaan jalan yang lebih serius dan lambat laun kegagalan struktur pavemen.  

Bagi meningkatkan expected lifespan jalan, selain menyediakan riding surface yang berdaya tahan dengan menggunakan premium grade asphalt, struktur pavemen juga perlu diperkuatkan untuk menampung beban trafik khususnya bagi kenderaan lebih muatan yang tidak mematuhi Weight Restriction Order.
15,950 points 4 30 81
selected by
0

Terima kasih atas perkongsian, Tn 

...