search
Log In
14 votes
90 views

Pada tahun 2020 dengan anggaran penduduk dunia mencecah 7.6 bilion, perkembangan semasa teknologi meramalkan 50 bilion peranti elektronik akan saling berinteraksi antara satu sama lain. Ini menunjukkan jumlah peranti yang berkomunikasi adalah melebihi jumlah manusia dengan setiap manusia memiliki kira-kira 6.58 peranti elektronik. Peranti yang saling berhubungan ini menjana data raya dan pengetahuan. Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan era ‘Digital Economy’ atau Ekonomi Digital yang menyebabkan Kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia.

Sebagai penjawat awam terutamanya kita yang berkhidmat di dalam agensi teknikal terbesar kerajaan, apakah persediaan kita untuk seiring dengan 'trend' semasa ini?

in Human Resource Management 3,560 points 3 5 8

3 Answers

6 votes

Pada pendapat saya, kita perlu bersedia dan diberi pendedahan berterusan dengan Industri Revolution (I.R) 4.0 terutama dalam bidang industri pembinaan. 9 teras utama I.R4.0:

1. Autonomous robots

2. Simulation

3. Horizontal and vertical system integration

4. The Industrial Internet of Things

5. Cybersecurity

6. The Cloud

7. Additive manufacturing

8. Augmented reality

9. Big data and analytics

Pada pendapat saya, sebagai langkah permulaan, cara bekerja dan persekitaran kerja kita perlu diubah dengan mengambilkira penggunaan teknologi mengikut peredaran zaman. Sebagai contoh, membina pusat data projek yang boleh diakses oleh JKR melalui satu sumber sahaja dan ianya diintegrasi dengan sistem sedia ada (MyKJ, SKALA, eCoMS, JPedia, MySPATA dll.). Seterusnya mengubah cara kerja dengan menggunakan BIM, IBS dll. bagi menambahbaik sistem penyampaian projek.

22,140 points 15 52 134
6 votes
Embracing IR 4.0 tanpa peningkatan nilai kemanusiaan akan menghancurkan peradaban manusia. Human contact masih penting dan perlu diambilkira di dalam setiap teras IR 4.0. Sebagai sebuah jabatan, kita perlu mengenalpasti teras-teras yang kritikal yang dapat mengembangkan empayar JKR di dalam subjek teknikal. Yang saya nampak yang perlu diberi keutamaan, termasuklah; Simulation, IOT, AR, Big Data Analytic, Cloud, Cybersecurity.

Warga JKR perlu bersedia, jadikan pengalaman utk memperkenalkan BIM ke dalam proses kerja JKR sebagai pedoman. Ianya mengambil masa hampir 10 tahun utk penerimaan BIM.

Penerimaan dan adapting kepada budaya kerja IR4.0 harus pantas sekiranya tidak mahu ketinggalan. Warga JKR juga perlu bersedia utk  membudayakan inovasi dan juga research.
50,250 points 25 103 239
6 votes

Sekadar memberi pandangan......

Sebagaimana yang kita telah ketahui JKR merupakan agensi kerajaan tertua yang telah diwujudkan sejak zaman jajahan British lagi. Bukan sahaja itu JKR juga merupakan satu agensi rujukan teknikal yang terbesar dan terulung dikalangan agensi kerajaan yang lain.

Adakah diantara kita tahu dengan jelasnya setiap sistem penggunaan mengikut bidang yang pernah diwujudkan dan dijadikan penggunaan? Tapi sayang sekali kita tiada rekod menyeluruh yang sempurna untuk dijadikan bahan rujukan berkaitan dengan transformasi sistem atau rangkaian sistem yang pernah diwujudkan sejaka 120 tahun yang lalu. Bukan sahaja tiada rekod penggunaan sistem bah tempoh sah pengguna kebanyakan sistem yang pernah diwujudkan juga tidak direkodkan untuk dirujuk keberkesanannya. Maka ia akan menjadi sukar untuk membentukkan sistem yang baru dengan rujukan asas yang sediada supaya pembentukan sistem baru itu akan menjadi lebih berkesan dan bermanfaat kepada pelbagai lapisan bidang taknikal yang masih wujud di JKR.

Sayang sekali sepanjang perkidmatan saya jarang-jarang kajian terperinci akan dilaksanakan terhadap sesuatu sistem atau rangkaian sistem yang pernah atau sedang dipergunakan demi memproseskan tindakan susulan untuk peningkatan atau pembaharu yang lebih total dan berkesan.

Pada pandangan saya adalah wajar JKR memperkasakan pengetahuan asas penting dengan konsep Back To Basic untuk semua bidang supaya tapak teknikal mereka adalah kukuh untuk menyahut cabaran penukaran era mengikut kehendak zaman atau transformasi gelombang teknologi secara amnya dan proses ‘The Fourth Industrial Revolution’ secara khususnya. Harap JKR akan mengwujudkan satu pasukan think tank untuk dijadikan pengasas kajian terhadap segala cadangan perubahan pada sistem lama yang ada atau pembentuk sistem baru. Disyorkan juga kumpulan think tank itu adalah dari kalangan perlbagai bidang, lapisan perkhidmatan, status jawatan dan peringkat umur supaya liputannya adalah lebih menyeluruh.Disyorkan juga kumpulan think tank itu adalah dari kalangan perlbagai bidang, lapisan perkhidmatan, status jawatan dan peringkat umur supaya liputannya adalah lebih menyeluruh.

49,130 points 107 197 356
...