search
Log In
8 votes
28 views
Untuk ujian penetration, semasa ujian dijalankan, adakah sampel perlu direndam di dalam air atau tidak ie. selepas direndam di dalam air pada suhu 25 C selama 30 minit, adakah ujian dijalankan ke atas sampel itu tanpa rendaman? Kaedah mana satu yang betul?
in Pavement 670 points 4 6 7

1 Answer

4 votes

Selepas sampel dipanaskan dan menjadi cair dan dimasukkan ke dalam penetration cup, sampel itu dibiarkan sejuk pada suhu bilik selama 1 - 1 1/2 jam. Kemudian, sampel dimasukkan ke dalam water bath pada suhu 25 +/- 0.1 oC selama 1 - 1 1/2 jam (bukan 30 minit) untuk pastikan suhu sampel semasa ujian adalah 25 oC.

Ada dua cara untuk jalankan ujian seperti diterangkan dalam ASTM D 5;

a. Penetrometer dan sampel diletakkan di dalam water bath.

b. Penetrometer di luar water bath, sampel diletakkan di dalam bekas air (transfer dish).

Ada sesetengah makmal tidak menggunakan transfer dish di mana penetrometer dan sampel berada di luar water bath. Pada pandangan saya, cara ini boleh diamalkan jika makmal itu dipasang penghawa dingin dan set suhu pada 25 oC. Apa pun, buat sekurang-kurangnya tiga tusukan, tidak kurang dari 10 mm dari tepi cup dan jarak antara titik tusukan juga tidak kurang dari 10 mm. Masukkan semula sampel ke dalam water bath sebelum setiap tusukan jika transfer dish tidak digunakan. Jika transfer dish digunakan sekalipun, perlu masukkan semula bekas air itu bersama sampel ke dalam water bath sebelum ulang tusukan. Bersihkan jarum sebelum setiap tusukan.      

15,950 points 4 30 81
0
Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat, Tn.
...