search
Log In
9 votes
35 views
in Pavement 3,580 points 11 33 40

1 Answer

4 votes

Dari aspek road safety: Kajian di Malaysia satu ketika dahulu di bawah iRAP (International Road Assessment Program) ke atas aspek keselamatan jalan telah mengemukakan beberapa syor tindakan. Ironinya, syor paling utama ialah remove roadside hazards (including trees). 

Dari aspek road maintenance: Dahan pokok boleh patah dan jatuh ke atas kenderaan, dan pokok juga boleh tumbang tanpa mengira masa, memberi risiko kepada pengguna jalan raya. Dahan pokok yang terjuntai boleh menghalang kenderaan, melindungi papan tanda, perlu dicantas dari semasa ke semasa. Ini memerlukan peruntukan yang bukan sedikit.

Dari aspek pavement performance: Di kawasan terbuka tanpa pokok di tepi jalan, peningkatan suhu permukaan jalan akan mempercepatkan binder hardening dan fatigue cracking. Namun, kita boleh memperlahankan binder hardening itu dengan proper compaction dan oleh itu dapat mengurangkan air voids dan menghalang binder oxidation. Boleh kurangkan kesan ke atas rutting dengan cara menggunakan binder dengan softening point yang lebih tinggi seperti bitumen penetration grade 60 - 70. Shoving biasanya disebabkan oleh sifat bitumen itu sendiri; ia bersifat visco-elastic. Di bawah bebanan kenderaan berat yang bergerak perlahan seperti di lorong mendaki dan persimpangan utama, bahan pengikat itu akan menjadi lebih non-elastic yang boleh menyebabkan rutting dan shoving. Di kawasan teduh seperti di bawah pokok, air di permukaan jalan akan lebih lambat kering dan boleh menyebabkan surface distresses related to moisture ingress.         

15,950 points 4 30 81
0

Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat, Tn.

...