search
Log In
13 votes
73 views
Kenapa pegawai pelaksana juga tidak dibuat  'Job Rotation' di antara unit-unit di Caw. Arkitek (seperti pegawai P&P)?
in Human Resource Management 330 points 2 2 4

2 Answers

1 vote
Penjawatan staf sokongan @pelaksana dikawal oleh KKR...Rotation secara dalaman antara unit boleh dilaksanakan oleh cawangan sendiri. Tapi mungkin akan memberi kesan dari segi pelaksanaan kerja sedia ada.. Pegawai pelaksana secara amnya banyak terlibat dalam pelaksanaan lukisan rekabentuk.. Sekiranya sentiasa berubah, mungkin akan menjejaskan lukisan berkenaan.. Lain pegawai, lain cara olahan lukisan yg dilaksanakan..
Job rotation Pegawai P&P dikawal dan dilaksanakan oleh CDPK yang bertujuan untuk memberi pendedahan semua skop fasa pembinaan kerja kepada pegawai P&P.. Ia juga dapat mengelakkan atau mengurangkan risiko pegawai  'buka pintu belakang' dengan kontraktor atau pembekal.
27,340 points 38 98 205
3 votes
Sebab yang biasa kita dengar adalah kerana tidak mahu menggangu tugasan yang sedang dilaksana atau pun tidak mahu menggangu status quo. Kemungkinan besar akan pegawai-pegawai yang sedang selesa ini akan membuat aduan kepada pihak yang lebih tinggi.

Pada pandangan saya, rotation kerja ini amat perlu dan menafaatkan organisasi serta individu yang berkaitan di dalam jangkamasa yang panjang. Gangguan kerja adalah sementara dan boleh diminimakan dengan beberapa inisiatif oleh ketua. Pegawai yang terbabit akan dapat melihat perspektif kerja yang berlainan serta belajar utk penyesuaian diri dengan lebih baik.
50,250 points 25 103 239
...