search
Log In
19 votes
82 views
Adalah menjadi satu kewajiban pelajar IPTA/IPTS untuk menjalankan latihan industri sebagai salah satu syarat silibus pelajaran. Walau bagaimanapun, bagi pandangan saya, penempatan mereka berdasarkan bidang dan minat mereka di Bahagian/Unit dalam JKR amatlah penting.

Adakalanya saya melihat pelajar latihan industrial tersebut amatlah berilmu dan mempunyai minat yang tebal dalam sesuatu bidang, tetapi tidak dapat dipakai/dikembangkan sepenuhnya atas sebab mereka ditempatkan di tempat yang tidak relevan.

Dengan itu, saya mencadangkan agar pelajar latihan industrial ini juga ditemuduga terlebih dahulu sebelum diletakkan di bahagian/unit di dalam JKR demi kebaikan mereka dan bahagian/unit tersebut juga.
in Human Resource Management (PM) 8,290 points 40 49 73

3 Answers

5 votes
Setuju. Boleh juga pihak CDPK bahagian Latihan Industri menyediakan templat surat yang boleh digunakan oleh pelajar industri yang ingin ditempatkan ke bahagian yang diminati di dalam JKR.
22,100 points 15 52 134
7 votes
Setuju. Pihak JKR juga perlu mengadakan kolibrasi @ sesi silibus review bersama institusi pengajian tinggi tempatan agar perkara tersebut dapat diselaraskan, Pihak JKR juga amat mengalu-alukan pelajar latihan industri yang berminat untuk menjalankan latihan industri . cuma berberapa aspek yang perlu diambil kira iaitu:

1. Tempoh latihan industri yang terlalu singkat (1 bulan)

2. Kurang promosi kepada pihak institusi pengajian tinggi berkenaan kouta penerimaan pelajar latihan industri

3. Kekangan peruntukan untuk pemberian elaun kepada pelajar industri.
400 points 1 2 4
4 votes
Betul.. kadang kala kesian tengok adik2 yang menjalani latihan industri ni xdapat diberi pendedahan sepenuhnya & ada yang hanya diberi kerja photostate sahaja & dicadangkan jika latar belakang kejuruteraan agar dapat ditempatkan di projek @ rekabentuk bagi pendedahan yg lebih baik.
470 points 2 2 7
...