search
Log In
9 votes
69 views
Berbaloikah penggunaan IBS pada projek berskala kecil dan terletak di kawasan pedalaman?
in Structure 640 points 2 5 8

2 Answers

5 votes

Berikut adalah beberapa padangan yang mungkin boleh dijadikan subjek semakan sebelum keputusannya:-

  • Perbandingan kos yang teliti harus dijalankan antara pembinaan konventional dan kegunaan IBS terutama bersabit dengan isu-isu berikut:-
    • Mobilization cost.
    • Cost of building the structure.
    • Ease in execution construction works.
    • Time taken to build the structure.
    • Availability of building materials at site.
    • Required machinery and tool.
  • Disamping itu kaedah pembinaan perlu dikaji supaya kualiti output pembinaan itu dapat dijaminkan.
  • Peruntukan yang diluluskan.
  • Jangka Hayat penggunaan.
  • Sudut penyenggaraan dan kos penglibatannya juga perlu diambil kira dengan teliti.
49,130 points 107 197 356
6 votes
IBS bukan sahaja terdiri dari precast concrete sahaja. Sebaliknya sistem yang telah ditakrifkan sebagai IBS terdiri dari enam sistem iaitu, sistem precast concrete, sistem kerangka besi, sistem kerangka kayu, sistem blok, sistem formwork dan lain lain innovative solution.

Sekiranya kita hanya memikirkan berkenaan precast concrete sememangnya terdapat kekangan di dalam pelaksanaan di kawasan terpencil. Namun jika dikaji setiap kaedah IBS, berkemungkinan terdapat sistem yang sesuai yang boleh digunapakai tanpa peningkatan kos yang tinggi.

Contohnya, sistem blok sesuai digunakan utk bangunan kecil tanpa peningkatan kos. Dan terdapat beberapa jenis blok yang dikeluarkan dinegara ini. Beberapa sistem innovasi yang dihasilkan juga sesuai digunakan di kawasan terpencil dengan mengambil kira penggunaan bahan yang murah, ringan dan mudah utk dibina.
50,250 points 25 103 239
...