search
Log In
14 votes
170 views
JKR merupakan agensi teknikal terulung di Malaysia. Dan usia JKR telah menjangkau 140 tahun. Walaubagaimanapun, budaya dan cara kerja masih lagi tidak berubah malah sukar pula untuk menerima perubahan. Seharusnya kita mempunyai sikap sebagaimana kakitangan swasta di mana 8 jam sehari dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberi keuntungan/ profit kepada organisasi/ syarikat berkenaan. Kita seharusnya mempunyai sikap berlumba-lumba untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik atau mungkin menghasilkan sesuatu inovasi untuk kebaikan semua.
in Human Resource Management 2,480 points 9 18 31

5 Answers

2 votes
 
Best answer

Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada sumber minyak sebagai pendapatan utama negara. Oleh yang demikian, dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK 9), teras kedua ialah meningkatkan keupayaan pengetahuan dan kreativiti dan inovasi (k-worker). 

  1. Elemen pertama ialah memupuk minda kelas pertama
  2. Elemen kedua ialah modal insan termasuklah melahirkan insan yang intelek dan berkeperibadian
  3. Elemen ketiga ialah penambahbaikan sistem pendidikan secara menyeluruh
  4. Elemen keempat ialah penyelidikan dan pembangunan (R&D) persekitaran
  5. Elemen kelima ialah masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral
Untuk jangka masa panjang, sumber asli akan habis. Oleh yang demikian, kerajaan Malaysia telah melakukan 'National Economic Alignment' dengan mengurangkan kebergantungan kepada minyak negara dan cuba melahirkan individu yang mempunyai kepakaran, inovasi dan kemahiran. Modal insan yang dihasilkan ini akan menjana pendapatan negara melalui kepakaran masing-masing dan kurang bergantung kepada negara lain. Sebaliknya, negara lain yang akan merujuk dan meng'import' kepakaran dari Malaysia. Lagi tinggi gaji, lagi bagus pendapatan negara. Walaubagaimanapun, transformasi ini memerlukan tempoh yang panjang dan kesannya hanya akan dapat dilihat untuk generasi yang akan datang.
 
Langkah-langkah yang diambil oleh JKR untuk melahirkan modal insan telah dimasukkan di dalam JKR Strategic Framework. Saya berpendapat dan berharap, dengan penubuhan Institut Latihan JKR yang bakal siap di Melaka nanti akan dapat merealisasikan impian semua warga JKR untuk mengembalikan semula Zaman Kegemilangan JKR. Apa yang penting, sementara menunggu projek tersebut siap, kita sama-sama perlu memainkan peranan untuk memupuk pemikiran minda kelas pertama pada warga JKR. Adalah merugikan sekiranya kita mempunyai fasiliti latihan kelas pertama tetapi minda warga JKR kelas ketiga....
 
14,280 points 28 50 83
selected by
4 votes

Kualiti? Crosby - Pematuhan kepada keperluan. Juran - Kesesuaian untuk digunakan. Demming - Pelanggan adalah bahagian yang paling penting dalam sektor pengeluaran. BS 7850 - Kualiti sesuatu produk organisasi, pelanggan yang menggunakan produk dan ditentukan oleh keberkesanan dan kecekapan proses di mana ianya diwujud dan disokong. Hadis Riwayat Bukhari: ”Sesungguhnya Allah amat menyukai di kalangan kamu orang yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh itqan (berkualiti)”. Ajaran Islam menghuraikan erti kehidupan dunia yang singkat dan kehidupan akhirat yang abadi. Kedua-duanya sangat penting dan saling berhubungan antara satu sama lain. Kehidupan di dunia adalah penting justeru itu kita harus mengisinya dengan amal soleh supaya seluruh kehidupan tertumpu ke arah pengabdian kepada Allah s.w.t. Oleh itu, al-Quran mendorong persaingan amal soleh dan kerja berkualiti selagi kita masih hidup. Agama Islam bukan hanya mahukan setiap pekerjaan terlaksana tetapi mestilah berkualiti dan bermutu tinggi. Kerja berkualiti jelas terpampang dalam hadis Rasulullah s.a.w. betapa Allah s.w.t. amat menyukai orang yang melakukan pekerjaan dengan penuh itqan. Maksud itqan ialah kualiti, iaitu pra-syarat survival dalam persaingan dunia yang sengit. Pihak pengurusan atasan Jabatan Kerja Raya telah melantik pegawai latihan dan ’changing agents’ di setiap pejabat supaya dapat memberikan latihan serta tunjuk ajar bagi memberikan kesedaran mengenai perlunya sikap untuk menambahbaik produk-produk. Dalam organisasi yang besar seperti Jabatan Kerja Raya, kawalan kualiti dalam menghasilkan produk amatlah mencabar. Cabaran ini datangnya daripada organisasi JKR sendiri yang mempunyai beberapa peringkat pengurusan. Jika semua anggota pekerja dapat memainkan peranan dalam semua fasa kitar hayat projek maka tiada sebab pelanggan/’stakeholder’ tidak berpuas hati dengan produk yang dihasilkan. Kesimpulannya bagi membina insan yang berkualiti dalam JKR adalah memerlukan gabungan teori barat tetapi haruslah berlandaskan Agama islam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2,440 points 5 20 31
edited by
6 votes

Kualiti modal insan JKR boleh ditingkat melalui amalan dan "budaya 3I" , iaitu:

  1. Budaya Ilmu
  2. Budaya Integriti
  3. Budaya Inovasi

Budaya ilmu merupakan keinginan diri dan usaha berteruasan untuk belajar  meningkatkan ilmu dan kepakaran masing-masing. Ia juga dikenali sebagai konsep pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning) . Keilmuan sempurna dan tinggi  akan meningkatkan kompetensi, profesinalisme dan produktiviti dalam bidang dan hasil kerja masing-masing.

Budaya Integriti merupakan jiwa suci dan sikap kerja yang amanah, bertanggungjawab, komited, dedikasi, berdisiplin, jujur, ikhlas dan telus dalam menjalankan tugasan tanpa amalan korupsi. Sikap positif ini akan mengoptimunkan hasil kerja serta memberi keyakinan majikan dan pelanggan yang tinggi.

Budaya Inovasi merupakan kecenderungan tinggi kepada perubahan dan penambahbaikan melalui proses kreativiti, dayacipta dan dayasaing untuk meningkatkan kapasiti dan kualiti hasil kerja masing-masing. Budaya inovasi akan memberi idea dan produk-produk baru dan meningkatkan kepakaran dalam bidang profesion yang diceburi serta membawa kecemerlangan organisasi.

 

6,610 points 22 55 80
0
Sangat setuju. Namun nak merealisasikan dikalangan mereka yang tiada keinginan atau kesedaran untuk transformasi adalah sangat mencabar.
2 votes
Mudah untuk kita fahami adalah:

1. Swasta - pekerja bermasalah akan diberhentikan kerja serta merta

2. Kerajaan / JKR - pekerja bermasalah hanya diberi amaran dan teguran. Paling teruk adalah ditukarkan ke tempat lain.
1,290 points 4 8 17
2 votes
Pemerhatian saya..antara faktor-faktor yang membantu meningkatkan kualiti seseorang pegawai.

- Menempatkan pegawai mengikut kepakaran dan minat

- Suasana dan persekitaran tempat bertugas cth:kakitangan saling membantu, Bos yg memahami  dll
5,330 points 4 7 18
edited by
...