Terdapat perbezaan di antara rizab jalan dan juga right of way.
Definasi yang diberikan melalui seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 tidak menyatakan right of way sebagai rizab jalan.
Maka pihak JKR yang terlibat perlu merujuk kembali kepada Pejabat Tanah sama ada peringkat negeri atau persekutuan bagi memastikan sama ada rizab jalan telah dicerobohi atau tidak.
Definasi bagi right of way ataupun Hak Lalulalang adalah berdasarkan seksyen 387 Kanun Tanah Negara 1965 menjelaskan Hak Lalulalang Pentadbir Tanah (Land Administration's Right of Way) adalah hak keluar masuk yang diwujudkan di atas tanah untuk ke "perhentian awam". Perhentian awam membawa maksud tepi sungai atau pantai, stesyen keretapi atau jalan awam. Ini bermakna kewujudannya ialah untuk membolehkan tanah yang dimiliki seseorang digunakan oleh orang lain sebagai laluan keluar masuk ke perhentian awam.