Berpandukan kepada Spesifikasi Piawai Bangunan 2014, jika slump di tapak (ujian identiti) gagal, maka pada dasarnya batch concrete tersebut tidak boleh digunakan di tapak. Berpandukan kepada spesifikasi ini, pihak Kontraktor (Supplier) perlu melaksanakan ujian Conformity di tapak dan kriteria kelulusan adalah berlainan dari kriteria kelulusan ujian identiti. Semak keputusan slump ujian conformity dan dibandingkan dengan slump ujian identity. Sekiranya berbeza, kemungkinan besar bekalan konkrit yang dihantar ditapak telah tercemar.
Apabila ujian kiub pula lulus pada hari ke 28, ianya sepatutnya akan menimbukan keraguan ke atas campuran konkrit yang digunakan pada struktur. Ujian tambahan perlu dilaksanakan oleh SO utk mengesahkan kekuatan konkrit tersebut.