Saya menjawab bagi soalan mengenai RSA Stage 5.
Pelaksanaan RSA semasa di dalam peringkat pembinaan melibatkan 3 bahagian peringkat 4, walau bagaimanapun ianya hanya terhad kepada perincian yang terdapat di dalam BQ kontrak dan juga kaedah pembinaan iaitu konvesional.
RSA Peringkat 4 dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu,
Part 1 - dilaksanakan oleh Auditor selepas lukisan pembinaan diterima dan pelan pengurusan trafik dikemukakan oleh pihak kontraktor.
Part 2 - Audit dilaksanakan dimana kemajuan ditapak mencapai 50% ke atas pematuhan dan pelaksanaan pelan pengurusan trafik
Part 3 - dilaksanakan sebelum jalan tersebut dibuka kepada orang awam dan dibuat pada waktu siang dan malam. Pada pandangan saya, audit ini perlu dilaksanakan sebelum CPC dikeluarkan oleh SO bagi memastikan tiada pertambahan kos akibat dari ketidakpatuhan kepada saranan auditor dari segi keselamatan yang akan memberikan impak yang besar sekiranya tidak dilaksanakan. Audit ini tidak bertujuan untuk menyemak had laju dimana audit rekabentuk mengenai had laju telah dilaksanakan semasa peringkat 1 - 3.
RSA Stage 5 amat sukar dilaksanakan bagi projek konvesional kerana audit ini dilaksanakan selepas CPC dikeluarkan dan kontrak dikira telah masuk fasa penyerahan.
Harap dapat menjawab sedikit sebanyak.