search
Log In
17 votes
83 views
Salam Sejahtera,

Cadangan atau bagaimana cara supaya lebih banyak lukisan PAP digunakan tanpa pindaan? Terdapat lukisan PAP perlu diubahsuai berdasarkan kehendak dan brif daripada pelanggan dan ia akan menyebabkan kelewatan dalam proses rekabentuk serta iklan.

Terima kasih.
in Project Management 510 points 3 7 11 1 flag
0
Kita perlu lihat kepada asas PAP ini diwujudkan oleh pihak JKR. Sebelum ini istilah "standard drawing" sering digunakan. Kini perkataan atau istilah baru "PAP" diwar warkan agar ia nya kelihatan lebih menarik dan bergaya. Sepertimana kita lihat kebanyakan pemaju-pemaju perumahan menyediakan beberapa model (Rekabentuk) rumah yang hendak dijual agar pembeli dapat memilih mengikut cita rasa dan keperluan mereka. Begitulah rasanya PAP.  Terdapat beberapa rekabentuk yang boleh menjadi pilihan pengguna/pemilik aset. Dari beberapa pilihan yang disediakan, pemilik bolehlah memilih yang mana berkenan dihati dan mengikut keperluan dengan meganmbil kira `value for money'. Kalau nak dikutkan hati macam-macam yang kita hendak, dengan harga yang murah dan masa yang cepat. Tapi persoalannya apa kah kita mampu membayar atau menanggung kos. Setiap rekabentuk itu mempunyai ciri-ciri kelebihan nya tersendiri dengan cost, masa dan nilainya yang tersendiri. Sekiranya kita hendakkan lebih dari itu, kita perlu sanggup menampung/membiayai kos yang lebih dan masa yang lebih.

2 Answers

6 votes
Tujuan PAP adalah mempercepatkan proses reka bentuk. Sehubungan dengan itu kita perlu menyakinkan pelanggan akan menerima PAP yang disyorkan. Walau bagaimanapun sekiranya memang tidak sesuai sudah tentu perubahan perlu dilaksanakan.

Oleh itu, JKR perlu menambah bilangan PAP yang membolehkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan.Maklum balas/ analisis tentang kehendak pelanggan perlu disalurkan kepada urusetia PAP agar pemilihan reka bentuk yang sewajarnya dapat dilaksanakan.
35,700 points 16 60 153
4 votes
Untuk pelanggan menerima lukisan PAP tanpa pindaan atau pindaan minima (terutamanya struktur):

1. Ianya perlu menarik minat pelanggan ( walaupun penilaian ini adalah subjektif dan bergantung kpd individu)

2. Perlu menepati keperluan pelanggan

3. Best value for money

4. 'Freebies'.... eg keluasan yang lebih, atau finishes yang lebih baik atau facade yang up to date walaupun tidak mengikut keperluan Standard & Cost secara mutlak.
50,250 points 25 104 239
...