Sebelum kita merumuskan status penyerahan dan penerimaan, perlu kita dengan jelasnya mengagihkannya pembinaan ikut jenis kontrak yang diamalkan di JKR terutama untuk projek pembinaan jalan.
Secara lazimnya kita ada tiga jenis kontrak pembinaan:-
- Conventional Dalaman.
- Conventional Perunding.
- Design and Build.
Dalam projek pembinaan jalan jenis Conventional Dalaman dan Conventional Perunding penentuan untuk mengeluarkan sijil CPC jatuh terus kepada tanggungjawab S.O., maka dengan ini semakan kualiti pembinaan sebelum keluarkan sijil CPC akan jatuh kepada tanggungjawab S.O. dengan berasaskan sepunuhnya kepada apa yang terkandung dalam Kontrak Dokumen.
Sebaliknya projek Design and Build pihak S.O. akan dinasihati oleh perunding berkaitan untuk mengeluarkan sijil CPC melalui surat pengesyoran oleh wakil perunding, maka tanggungjawab untuk menyemak pematuhan kualiti pembinaan berasaskan kepada kandungan kontrak dokumen akan terjatuh terus pada perunding yang berkaitan. Kuasa S.O. lebih pada membuat keputusan untuk mengeluarkan sijil CPC dengan berasaskan kepada syor cadangan perunding tersebut.
Sebagaimana yang kita dimalumkan ia memang merupakan tanggungjawab S.O. untuk menyediakan senarai kecacatan melalui satu pemeriksaan bersama sebelum sijil CPC boleh dikeluarkan dengan merujukkan kepada Borang kontrak 203A sebelum bermulanya Tempuh Tanggungan Kecacatan (DLP).
Susulan kepada itu kita juga jangan abaikan proses penyerahan yang terikat dengan Arahan Perkeliling KPKR 3/2009 bertajuk “Kriteria Penerimaan Projek Jalan Slap Bagi Pengurusan Penyenggaraan” yang telah jelas mengariskan paras kualiti penerimaan. Dalam proses auditan itu akan berjuruskan kepada pematuhan kontrak dokumen selain kecacatan yang ditemui. Tujuan pemeriksaan audit lebih kepada jaminan kualiti supaya kos penyenggaraan kemudian hari sepanjang Life Cycle penggunaan aset tersebut adalah sekadar kerja-kerja penyenggaraan rutin dan penyenggaraan berkala yang hanya menjurus kepada isu wear and tear sebahagian komponen sahaja dan bukannya terlibat dengan isu keutuhan dan ketidak pematuhan kepada kandungan mengikut kehendak kontrak dokumen.
Akhirkata keputusan penentuan penerimaan projek pembinaan jalan itu sudah pasti akan merujukkan kepada penutupan kesemua senarai NCR yang dikeluarkan ketika perlaksanaan Audit Penyerahan yang berasaskan kepada Arahan Perkeliling KPKR 3/2009 bertajuk “Kriteria Penerimaan Projek Jalan Slap Bagi Pengurusan Penyenggaraan” dan CMGD telah dikeluarkan oleh S.O.