Adakah pemasangan IBS mesra dengan pemasangan Nsc elektrik terutamanya di tapak bina?
Melalui beberapa projek, didapati terdapat penemuan dimana pemasangan IBS tidak mengambil kira pemasangan conduit elektrik di tapak. Contohnya, pemasangan conduit yang dibuat di kilang precast menghadapi masalah dari segi alignment setelah panel ibs dipasang di tapak..
Hal ini menyebabkan conduit tidak bersambung di antara panel IBS yang menyebabkan masalah pendawaian nanti.. Sekiranya terdapat masalah seperti ini, pemasangan conduit terpaksa dibuat secara surface yang dilihat kurang cantik.
Terdapat juga kes dimana pemasangan column IBS yang terbalik antara internal dengan external.. Hal ini menyebabkan trunking untuk Copper tape tidak selari..
Apakah cadangan dan cara untuk mengatasi masalah ini timbul untuk projek-projek akan datang..