Setahu saya, Jalan Persekutuan yang terlibat dengan projek menaiktaraf jalan TIDAK AKAN digazet keluar sepenuhnya buat seketika dari tanggungjawab Pihak Kerja Raya.
Ini kerana, saya dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan yang terlibat di dalam kawasan / sempadan kerja-kerja menaiktaraf jalan tersebut akan diserahkan sepenuhnya kepada kontraktor yang dilantik sehingga penyerahan projek siap kelak.
Walaubagaimanapun, harus merujuk dokumen kontrak yang berkaitan samada item bagi kerja-kerja penyelenggaraan tersebut telah dimasukkan ke dalam kontrak berkaitan atau tidak.
Harus memohon Cawangan berkaitan untuk berikan pengesahan.