search
Log In
13 votes
55 views
Dimana letaknya nilai JKR dimata orang awam dan apakah tindakkan yang dibuat bagi memertabatkan kembali peranan JKR
in Human Resource Management 2,620 points 7 14 17

1 Answer

7 votes
Penilaian awam adalah terletak kepada tindakan kita sendiri. Persepsi negatif terhadap keseluruhan penjawat awam merupakan satu stumbling block yang harus diberi perhatian. Sehubungan dengan itu, JKR sebagai organisasi teknikal harus keluar dari kelompok ini dan menunjukkan bahawa segala tindak-tanduk kita adalah profesional dan hebat di mata orang awam.

Sebagai contoh, Kejayaan JKR menyelamatkan projek agensi lain perlu diwarwarkan dan diayatkan dengan betul. Kejayaan pegawai JKR di mata dunia perlu diberi penekanan.

Kalau dulu JKR banyakl buat pengiklanan dengan adanya banyak lori, Land Rover, Scraper berwarna kuning yang bergerak di atas jalanraya pada setiap masa.In fact nampak lori kuning pun orang akan ingatkan JKR. Jadi JKR sentiasa berada di mata rakyat. Kini, tidak ada lagi punca iklan percuma ini. Jadi kita perlu memperbanyakkan logo logo JKR di merata tempat supaya orang awam akan sentiasa mengingati JKR. Ini adalah faktor mengapa pengiklanan adalah sumber yang paling banyak digunakan oleh pihak swasta.

Even kalau ada projek JKR pun, logo JKR adalah teramat kecil dan hilang bersama ayat-ayat nama projek yang panjang dan tidak prominent. Rupa bentuk papan tanda projek JKR pula banyak ditiru oleh agensi agensi lain. Jadi tidak ada keunikan pada dan orang ramai pun tidak akan perasan.

Dengan pengiklanan yang baik, serta tindak tanduk kita menangani  projek dan masalah dengan secara professional serta projek-projek yang laksanakan dengan berkualiti serta menepati tempoh masa, saya yakin, JKR akan menjadi permata di mata orang awam.
50,250 points 25 104 239
...