ACDA adalah singkatan daripada As Completed Detailed Abstract, atau dalam Bahasa Melayu adalah Cabutan Butir-Butir Seperti Yang Disiapkan. Borang ACDA ini disediakan selepas projek tamat dimana ia menunjukkan jumlah kos sebenar yang dibelanjakan untuk sesuatu projek.
Cabutan ini juga mengandungi pelbagai perubahan kepada harga kontrak seperti Perubahan Kerja (VO), Turun naik harga bahan, lain-lain tuntutan kontrak seperti kos pengurusan, dokumentasi, overtime, dan sebagainya. Borang ACDA ini disediakan oleh SO/PD untuk kelulusan dan rekod.
Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk Buku Panduan Pentadbiran Kontrak http://jpedia.jkr.gov.my/images/6/68/Buku-panduan-pentadbiran-kontrak.pdf