search
Log In
10 votes
32 views
Apakah Mechanical Stabilized Earth Wall System itu dibenarkan untuk dibina di lokasi projek dimana kedudukannya adalah berada di tempat water table yang tinggi dan kerap terkena banjir?
in Structure 49,050 points 106 197 356

1 Answer

2 votes
Sebelum membuat cadangan kepada MSE Wall di projek yang mempunyai aras air bawah tanah tinggi dan di kawasan yang kerap berlakunya banjir, terdapat beberapa perkara perlu diambil perhatian supaya kegagalan struktur tanah tidak berlaku yang boleh meragutkan harta benda mahupun nyawa. Antara perkara yang sering diberi perhatian adalah seperti berikut:

1. Tanah sediaada di kawasan tapak sekiranya tanah (fine grained i.e high clay content) akan menyebabkan secondary consolidation berlaku dan ini perlu dibuat rawatan terlebih dahulu kerana beban yang akan dikenakan oleh upper soil fill (MSE Wall) akan menyebabkan excessive load impose kepada struktur asas. Rawatan PVD dan Surcharge adalah antara rawatan yang ekonomi berbanding Remove & Replace (R&R)

2. Penggunaan tanah yang bersifat tinggi cohesion seperti pasir sebagai bahan dibelakang wall akan mengurangkan dan boleh menghapuskan keadaan daripada kesan pore water pressure yang boleh menggangu ikatan tanah sediaada apabila kehadiran air berlaku di dalam sistem tersebut.

3. Tujuan struktur itu dibina juga perlu diambil kira samada kegunaan untuk tembok penahan kepada struktur bangunan atau digunakan sebagai abutment jalan. Ini adalah penting kerana beban yang akan dikenakan kepada sistem ini daripada keadaaan yang berbeza (beban bangunan dan traffik) menghasilkan keputusan yang berbeza. Jika ambil contoh kepada lebuhraya SKVE, terdapat banyak masalah berlaku kepada MSE Wall ini disebabkan beban yang dikenakan kepada sistem berlaku secara dinamik dan keadaan geografi yang tinggi aras air menyebabkan sistem tersebut gagal.
14,000 points 4 33 96
...