Kemajuan kewangan diukur berdasarkan nilai kerja dilaksana, manakala kemajuan fizikal dinilai berdasarkan masa diperlukan untuk menyiapkannya. Disebabkan asasnya berbeza, sudah tentu terdapat perbezaan antara keduanya. Contoh, kerja pemasangan pam, masa diambil katakan 3 hari tetapi kosnya beratus ribu, justeru untuk pemasangan pam, kemajuan fizikal adalah rendah berbanding dengan kemajuan kewangan.