Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Apakah perbezaaan di antara MyPortfolio dan Fail Meja? tempoh yang diberikan bagi penyiapan MyPortfolio adalah terlalu singkat dan ada beberapa tugasan-tugasan baru yang telah diamanahkan kepada Bahagian/Unit adalah masih baru dilaksanakan dan proses kerja masih dalam peringkat kajian. Proses kerja tersebut tidak terdapat dalam manual SPB dan sebagainya. Adakah Jabatan di Cawangan/Negeri perlu mengikut proses kerja bagi setiap tugasan yang telah ditetapkan oleh Jabatan di Ibu pejabat? Sekiranya perlu, cawangan/negeri perlu diberi maklumat yang lengkap dari pihak Ibu Pejabat bagi menyelesaikan MyPortfolio masing-masing.