search
Log In
10 votes
39 views
Dalam perisian autodesk revit yang sedang diutarakan sebagai perisian modeler mudah di JKR, mengapa cawangan arkitek tidak menghantar seorang wakil tenaga pengajar untuk setiap unit ? Hal ini menyulitkan pegawai mempelajari perisian tersebut dengan mudah, baik dan cepat.
in Project Management 1,200 points 8 10 16

2 Answers

6 votes
Tuan,

Buat masa ini CA masih kekurangan tenaga pengajar terlatih untuk sepenuh masa mengajar di setiap unit. Boleh pohon bantuan sekiranya ada masalah menggunakan Revit dari Unit BIM CA. Walau bagaimanapun, tuan juga boleh mohon bantuan rakan dari unit yang sama yang berpengalaman menggunakan Revit kerana setiap unit sudah mempunyai modeller yang dilatih melalui program BIM-PAP dan sebagainya.
35,410 points 16 58 150
5 votes
Untuk masa kini hanya unit Bim yang membuat latihan kepada peserta.. Tetapi terhad kepada beberapa pegawai dengan kekangan bilangan tenaga pengajar..

Sebenarnya tuan boleh belajar melalui YouTube... Saya juga salah seorang yang menggunakan YouTube untuk mempelajari perisian revit...

Walaupon saya bukan disiplin arkitek, tetapi hampir kesemua projek kelolaan saya akan di modelkan melalui revit...
27,300 points 38 98 205
...