search
Log In
8 votes
269 views

Umum menyatakan bahawa lampu LED menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan dikaitkan dengan kelestarian. Bagaimana dengan tempuh hayat dan prestasi pencahayaan lampu LED itu? Analisis data kadar kemerosotan (deterioration rate) dan mod kekerapan kerosakan (mode of failure) serta penurunan tahap prestasi (performance level) cahaya lampu LED perlu dibuat. Terutama penggunaannya secara agak robust kepada pihak pengguna seperti terlalu kerap dan cepat pertukaran penyuisan on/off yang mungkin memberi kesan surge current effects kepada semiconductor diode LED dan memendekkan jangka hayatnya. Begitu juga dengan keadaan cuaca negara kita yang kadar kekerapan berlaku guruh/kilat agak tinggi. Jika benar lampu LED cepat rosak, sedangkan kos penggantiannya lebih tinggi berbanding lampu pendaflor/ discharge lights, maka kemungkinan kos penyenggaraannya lebih tinggi. Penggunaan tenaga untuk production komponen/alatganti LED juga berganda. Satu penyelidikan dan analisis saintifik adalah perlu untuk buktikan lampu LED benar-benar menguntungkan mengikut kos kitaran hayatnya dan memberi impak positif kepada rantaian kelestarian global.

in Electrical 6,610 points 22 55 80

2 Answers

7 votes
Untuk penggunaan lampu LED dalam bangunan , masih banyak kajian yang perlu di buat kerana teknologi dan piawaian semasa masih banyak dalam proses pembangunan. Penjimatan tenaga, secara amnya memang ada, tapi penjimatan kos buat masa ini belum ada. Sehubungan itu, bagi penukaran lampu (retrofit) secara keseluruhan, sebaiknya EPC (Energy Performance Contract ) boleh di pelopori. Kaedah ini tidak memberi risiko kos penyenggaraan yang tinggi kepada kerajaan dan pengguna (kos penjimatan tenaga digunakan untuk menaja kos kapital pembekal)

Bagi Lampu LED sebagai lampu jalan, buat masa ini masih panjang tempoh  ROI kerana kos kapital yang tinggi dan tarif tenaga yang rendah. However, masih ada banyak jenis lampu yang boleh menjimat tenaga yang boleh dipelopori seperti ceramic metal halide, induction, plasma dll. Juga, banyak faktor yang menghalang penggunaan lampu LED secara meluas antaranya  interchangeability, surges, deterioration of light intensity, biosafety hazards, etc. Pemilihan jenis dan kualiti produk sangat penting serta peralatan tambahan dan sampingan untuk mengawal jangka hayat lampu, membuatkan kos permulaan dan kos penyenggaraan masih tinggi buat masa ini. Pengguna perlu bijak memilih  produk untuk applikasi yang diperlukan. Boleh rujuk 'Garis panduan penggunaan LED' dalam website.

LED jadi perbualan hangat kerana ia merupakan teknologi baru dalam sistem pencahayaan, tapi ia juga masih banyak kelemahan sebagai satu sistem lampu dan  perlu penambahbaikan.
1,830 points 1 7 15
edited by
4 votes
Setuju kajian perlu dibuat dimana kapital kos bersama kos senggaraan berbanding penggunaan lampu sediaada
10,970 points 9 43 89
...