Sekadar memberi pandangan…
Sebelum kita membuat keputusan terhadap soalan di atas, ada empat (4) perkara yang penting dan perlu dikaji dan direkabentuk dengan betul supaya keseluruhan sistem siling itu dapat berfungsi dengan sempurna dan selamat sepanjang tempuh penggunaannya:-
A) Anchoring system on the deck soffit.
Jenis anchoring sistem yang disyorkan adalah sangat penting kerana ia merupakan komponen utama yang direkabentuk untuk menampung segala dan keseluruhan beban siling termasuk juga beban tambahan yang dikumpul melalui utiliti atau services lain. Maka ia harus direkabentuk dengan rapi dan mengambil kira kesemua aspek tersebut. Disamping itu proses pemasangannya harus diselia dengan rapi demi menjaminkan ia adalah dipasang mengikut perincian yang telah direkabentuk.
B) Type and size of the hanger wire.
Jenis bahan wire yang dicadangkan mesti dari jenis yang tidak boleh menjadi elongated sepanjang penggunaan demi menjaminkan ia akan kekal diparas yang asal. Disamping itu size wire yang disyorkan mesti mengambil kira beban asas siling dan pemyumbang beban tambahan dari jenis services yang bakal ditumpangkan.
C) Detailing of the hook that holds the ceiling.
Sistem hook yang dicadangkan juga perlu dikaji agar ia tidak mudah terbuka dan sentisa mapan sepanjang penggunaannya selepas dipasang.
D) Any other extra utilities of services that were planned to rest on the ceiling.
Perancangan yang rapi harus dilaksanakan demi menjustifikasikan segala sistem utiliti atau services yang disyorkan adalah final dan tiada lagi perubahan atau tambahan yang akan terjadi demia mengelakkan kejadian runtuhan sistem siling atas sebab menanggung beban berlebihan. Penentuan itu amatlah penting untuk dijadikan bahan rujukan tambahan oleh Jurutera ketika melaksanakan rekabentuk.