Sekadar memberi pandangan.....
Kedua-dua komponen tiang sambut itu cuma bertindak sebagai temporary support sementara menunggu concrete plinth dan mechanical pot bearing untuk tiang sambut utama itu mencapai paras dan tahap keutuhan yang diperlukan.
Kita boleh menganggap ia sebagai temporary support dengan berpandukan kepada saiz tiang tersebut yang terlalu kecil berbanding dengan beban tanggungan dari beban struktur dan life load.
Sebagaimana kita dimaklumkan bahawa pembinaan concrete plinth ada sangat penting apabila keutuhan dan finished level plinth untuk kedudukan pot bearing merupakan parameter utama dalam pemasangan pot bearing untuk sistem box girder. Disamping itu pemasangan pot bearing juga akan terbahagi kepada pemasangan top plate dan bottom plate. Bukan sahaja itu kita juga akan ada pot bearing dari jenis yang berbeda (fixed, free, logitudinal dan tranverse) dan setiap jenis itu akan mempunyai top plate yang berbeda. Timing permasangan pot bearing juga akan diambil kira untuk mengelakkan berlakunya movement berlebihan yang bakal dipengaruhi oleh impka dari temperature and creep.
Maka dengan ini kedua-dua tiang sambut semantara dibelah kiri dan kanan itu akan memainkan peranan yang sangat penting untuk membolehkan concrete plinth dan pot bearing itu dipasang dengan sempurna untuk ia berfungsi mengikut kehendak rekabentuk.