Tempoh Lanjutan Masa EOT
EOT boleh dimohon oleh pihak kontraktor sekiranya berlaku kelewatan yang berpunca daripada perkara-perkara berikut:
i. Force majeure; atau
ii. Cuaca buruk yang luarbiasa; atau
iii. Kerugian atau kerosakan yang luarbiasa yang disebabkan oleh perkara-perkara yang di luar jangkaan seperti berlakunya kebakaran, letupan, petir, ribut, banjir dan lain-lain (dengan syarat ia berlaku tidak disebabkan oleh perbuatan, kecuaian, kemungkiran atau pecah kontrak oleh kontraktor); atau
iv. Masa penerimaan yang tidak wajar terhadap arahan pelan, aras yang diperlukan atau arahan yang diperuntukan dalam kontrak oleh pihak kontraktor dari Pegawai Penguasa; atau
v. Arahan-arahan Pegawai Penguasa yang dikeluarkan di bawah fasal 5 iaitu arahan yang membawa kepada perubahan kerja-kerja yang sedang berjalan
vi. Arahan-arahan yang diberikan oleh Pegawai Penguasa yang berbangkit dari pertikaian dengan tuan punya yang berjiran
vii. Kontraktor tidak berupaya menyiapkan kerja kerana sebab-sebab yang tidak dapat dikawal dan diramalkan olehnya pada tarikh penutupan tender seperti pembekalan bahan.
viii. Lambat pemilikan tapak (PBT isu)
ix. Tindakan mogok yang disebabkan oleh pihak kesatuan sekerja
x. Kelewatan di pihak atau orang yang ditugaskan oleh kerajaan bagi melaksanakan kerja yang tidak menjadi sebahagian dari kontrak