search
Log In
12 votes
118 views
Adakah akan diambil kira untuk kelulusan EOT sekiranya salah satu faktor lanjutan masa kontraktor di sebabkan kelewatan pembayaran kemajuan kerja di tapak oleh pihak JKR. Selain dari itu, eot berpunca dari pertambahan skop kerja berbanding dengan SOA asal.  Mohon pencerahan. TQ
in Contract Administration 17,260 points 20 43 124
edited by

2 Answers

6 votes
Tiada klausa dalam kontrak yang membenarkan EOT di beri atas sebab kelewatan bayaran interim. Walaubagaimanapun, kontraktor boleh membuat tuntutan di bawah CIPAA disebabkan kelewatan JKR membuat bayaran.
1,170 points 3 9 12
0

Terima kasih atas perkongsian yes

0
Baik Puan... ambil maklum. Terima kasih
3 votes
Tempoh Lanjutan Masa EOT

EOT boleh dimohon oleh pihak kontraktor sekiranya berlaku kelewatan yang berpunca daripada perkara-perkara berikut:

i. Force majeure; atau

ii. Cuaca buruk yang luarbiasa; atau

iii. Kerugian atau kerosakan yang luarbiasa yang disebabkan oleh perkara-perkara yang di luar jangkaan seperti berlakunya kebakaran, letupan, petir, ribut, banjir dan lain-lain (dengan syarat ia berlaku tidak disebabkan oleh perbuatan, kecuaian, kemungkiran atau pecah kontrak oleh kontraktor); atau

iv. Masa penerimaan yang tidak wajar terhadap arahan pelan, aras yang diperlukan atau arahan yang diperuntukan dalam kontrak oleh pihak kontraktor dari Pegawai Penguasa; atau

v. Arahan-arahan Pegawai Penguasa yang dikeluarkan di bawah fasal 5 iaitu arahan yang membawa kepada perubahan kerja-kerja yang sedang berjalan

vi. Arahan-arahan yang diberikan oleh Pegawai Penguasa yang berbangkit dari pertikaian dengan tuan punya yang berjiran

vii. Kontraktor tidak berupaya menyiapkan kerja kerana sebab-sebab yang tidak dapat dikawal dan diramalkan olehnya pada tarikh penutupan tender seperti pembekalan bahan.

viii. Lambat pemilikan tapak (PBT isu)

ix. Tindakan mogok yang disebabkan oleh pihak kesatuan sekerja

x. Kelewatan di pihak atau orang yang ditugaskan oleh kerajaan bagi melaksanakan kerja yang tidak menjadi sebahagian dari kontrak
3,930 points 3 22 54
...