search
Log In
11 votes
50 views

Seringkali isu pemendapan di jalantuju jambatan menjadi isu besar dan ia kerap tertimbul luahan ketidak keselesaan oleh pemandu.

Apakah JKR telah membuat kajian terperinci terhadap isu ini dan dengan arifnya ketahui punca-punca kejadian pemendapan itu?

Apakah resolusi dan rumusan yang kukuh telah tercapai dan cadangan keadah pembaikan terperinci telah disediakan untuk mengatasi masalah ini?

Sudahkah perancangan plan mitigasi jangka panjang teleh dijadualkan?

in Pavement 48,820 points 106 195 351
reopened by

2 Answers

1 vote
 
Best answer
Bagi mengatasi isu mendapan di approach slab, pemeriksaan mandatori tahunan jambatan (PMTJ) harus dilaksanakan. Melalui pemeriksaan ini tanda - tanda kerosakan dapat direkodkan dan dipantau secara tahunan.
Kajian hanya dapat dilaksanakan sekiranya rekod yang diterima lengkap.
Kaedah pembaikan bergantung kepada punca-punca kerosakan yang telah dikenalpasti dan rumusan secara umum adalah tidak profesional kerana setiap punca kerosakan adalah berbeza.

Perancangan jangka pendek  disyorkan taklimat dan latihan secara hands on dengan lebih kerap agar dapat mengatasi isu pertukaran pegawai.

Perancangan jangka panjang adalah dengan membangunkan sistem pengurusan data yang lengkap dan data dimasukkan secara dalam talian menggunakan aplikasi mobile.
11,090 points 10 33 77
selected by
0

Terima kasih Pn @SKhadijah atas perkongsian bermanfaat yesyesyes

2 votes
Adakah ianya approach slab?
540 points 2 3 8
0
Soalannya adalah jalantuju jambatan......Approach slab is one of the component for bridges....
...