Salam
Kalau untuk pengambilan tanah, paling cepat adalah melalui Perakuan Segera. Tapi perlu diingatkan bahawa pengambilan tanah melalui perakuan segera melibatkan pembayaran faedah 8% setahun mulai dari tarikh borang K dikeluarkan.
So pastikan ia benar benar urgent dan ada peruntukan nak bayar harga tanah tersebut.
Mengambil Milik Di Bawah Perakuan Segera
Di bawah seksyen 19 APT 1960, Pengarah Negeri boleh mengeluarkan Perakuan Segera menerusi Borang I. Walau bagaimanapun permohonannya hendaklah dari agensi yang memerlukan tanah itu dan ini perlu dinyatakan pada peringkat awal lagi. Borang I hanya boleh dikeluarkan selepas 15 hari dari tarikh notis Borang E disiarkan (tidak termasuk tarikh penyiaran) dan diikuti dengan pengeluaran Borang K di bawah seksyen 22, tertakluk kepada peruntukan di bawah seksyen 20 APT 1960. Selepas menerima Perakuan Segera dari Pengarah Negeri, PT hendaklah menyedia dan mengeluarkan
Borang K untuk mengambil milik dengan rasminya tanah berkenaan. Salinan Borang K itu juga hendaklah dihantar kepada PTP dan Kementerian/Jabatan yang berkenaan. Kementerian/Jabatan yang memohon adalah diingatkan supaya peruntukan seksyen 19 ini digunakan dalam keadaan yang benar-benar terdesak sahaja kerana ianya melibatkan pembayaran faedah 8% setahun mulai daripada tarikh Borang K dikeluarkan.
(اللهمّ يسر و لا تعسر)
