search
Log In
18 votes
88 views
Nak tanya pendapat, boleh ke binder course dijadikan sebagai finish surface, maksudnya tanpa wearing course? Sebab ada cadangan untuk digunakan di kawasan heavy vehicle untuk elak jalan rosak, kalau sediakan gravel road nanti tidak selesa untuk kereta. Tetapi saya khuatir kalau terus binder course, kalau lapisan itu rosak, air akan terus masuk ke dalam roadbase, menyebabkan structure failure.
in Pavement 3,580 points 11 33 40
reopened by

1 Answer

9 votes
 
Best answer

Tidak setuju. BC lebih kasar, air voids lebih tinggi. Oleh itu, bahan pengikat (binder) lebih mudah oxidise dan harden, kurang durable jika exposed sebagai finish surface. Konsep ini seperti diterima pakai bagi jalan kampung/luar bandar di mana BC diturap dan didedahkan kepada trafik dan persekitaran bagi tempoh yang lama (sebab peruntukan untuk the next layer, WC, tidak tahu bila dapat). Kalau macam tu, lebih baik turap WC, lama lepas itu turap another layer of WC.

Siapa kata WC AC14 tidak kuat. Boleh capai Marshall stability sehingga 13,000 N. Minimum requirement utk stability dalam SPJ ialah 8,000 N bagi BC AC28 dan WC AC14. Namun WC AC14 lebih durable jika digunakan sebagai finish surface. Turap WC AC14 setebal 60 mm, sama dengan ketebalan minimum BC AC28 jika ia digunakan sebagai finish surface seperti cadangan asal.

Spray prime coat sehingga 1 litre/sq.m ke atas roadbase utk provide better water proofing membrane sekiranya air meresapi masuk ke dalam satu lapisan asphalt WC itu. Pada masa yg sama, provide adequate crossfall ke atas permukaan turapan (2.5%) dan bahu jalan (4.0%) serta pastikan bahu jalan lebih rendah dari aras jalan untuk larikan air dgn lancar dari permukaan jalan ke longkang tepi jalan.

Kita boleh guna BC AC28 sebagai WC dengan syarat dipadatkan sepadat-padatnya (dengan cara menaikkan suhu pemadatan, menambah bilangan gelekan mesin pemadat dan menggunakan mesin pemadat yang lebih berat) sehingga air voids kurang dari 5% dan tidak menyebabkan bleeding. Konsep ini dikenali sebagai percentage refusal density (PRD). Sesuai digunakan di laluan 'high stress' seperti lorong mendaki, laluan dengan bilangan kenderaan berat yang tinggi.

Konsep PRD - sampel asphalt dipadatkan dengan vibrating hammer sehingga bahan itu 'refuse' dipadatkan lagi, lepas itu check air voids, jika air voids at refusal density itu masih melebihi absolute minimum 2.0%, asphalt itu boleh dipakai bagi konsep PRD.

Jika air voids at refusal density kurang dari 2.0%, dia beri indikasi bahan turapan jalan itu tidak akan stable dan akan berlaku rutting dan shoving bila ditekan oleh beban kenderaan berat.

15,950 points 4 30 81
selected by
0

Terima kasih Tuan atas perkongsian bermanfaat dan sokongan berterusan yg diberikan dalam memartabatkan agenda pembudayaan ilmu di JKR Malaysia yesyesyes

0
Terima kasih tuan atas pencerahan ini. Sangat jelas dan mudah difahami.
0

Terima kasih tuan atas pencerahan yang amat bermanfaat ini.yes

...