search
Log In
5 votes
38 views
in Stakeholders Management 2,270 points 3 6 15

2 Answers

4 votes
pada kebiasaannya syarikat utiliti yang lambat respon adalah syarikat telco. Sistem operasi mereka tidak dapat diselaraskan dengan kepentingan projek yang telah diluluskan kerajaan dan sedikit sebanyak telah membantutkan kemajuan kerja projek di tapak. Dalam hal ini, kerajaan melalui ICU telah mengeluarkan pekeliling terbaharu bahawa semua kos pengalihan dan pemasangan semula utiliti ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan yang perlu dimasukkan dalam kos projek di peringkat sebelum tender dikeluarkan.

sehubungan itu pihak JKR perlu di peringkat perancangan sesuatu projek perlu mengkoordinasi lebih awal lagi dengan semua pemain atau pembekal utilities untuk mendapatkan anggaran kos pengalihan dan pemasangan semula untuk dimasukkan dalam kos projek sebelum diangkatkan kepada EPU untuk kelulusan. syarikat utiliti juga perlu memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap perjalanan projek dalam setiap fasa pembangunan seperti bantuan teknikal, kontraktor yang berkemampuan dan sebagainya.
620 points 4
2 votes
Antara pihak utilities yang agak lewat memberi respon adalah pihak TNB yang mengambil masa yang agak lama untuk memberikan respon bertulis atas permohonan JKR dan diikuti oleh pihak berkuasa bekalan air.
42,810 points 28 107 208
...