Boleh mohon kepada Cuti Sakit Lanjutan
Kelayakan:
a) Telah menghabiskan kesemua cuti sakit selama 180 hari yang diluluskan oleh Ketua Jabatan dan Kuasa Tertentu.
b) Telah menghabiskan kesemua cuti rehat yang terkumpul dan yang layak, dan
c) Diperakukan oleh Lembaga Perubatan sebagai tidak sihat untuk bertugas tetapi ada harapan untuk sihat semula dan memerlukan masa berehat.
Tempoh: Tidak melebihi 90 hari (Perintah Am 22 (a) Bab C 1974).
Semasa dalam bercuti sakit lanjutan ia layak dibayar separuh gaji. Sijil sakit boleh diterima untuk membayar separuh gaji sementara menunggu keputusan Lembaga Perubatan. Tanpa sijil sakit, tidak boleh dibayar gaji.