Tatacara pengurusan perunding atau pun tindakan pemungkaran tanggungjawab perunding haruslah berpandukan kepada keperluan kontrak atau pun CSA. Klausa 5.0 di dalam Borang Form CSA2014 (Ammendemnt 2018) mengariskan tanggungjawab yang harus dilaksana oleh perunding.
Hanya selepas tindakan secara kontrak dibuat, ianya harus dilaporkan kepada Kementerian Kewangan untuk tindakan selanjutnya. Klausa 21.1.4 di dalam PK 3.2 ada dinyatakan dengan jelas.
Secara professional, kemungkaran perunding yang melibatkan sikap tidak professional perlu dibuat aduan kepada pihak Lembaga Jurutera Malaysia utk tindakan seterusnya.
Walaubagaimana pun, sebagai langkah pertama, adalah wajar pihak tuan/puan mengadakan perbincangan serta mengeluarkan surat-surat teguran, amaran dan sebagainya bagi membina sesuatu kes, sekiranya penyelesaian tidak dapat dicapai.