search
Log In
10 votes
24 views
Terdapat kekeliruan terma atau istilah yang digunapakai dalam kontrak Facility Management iaitu Corrective Maintenance dan penukaran Retrofit & Refurbishment kepada Repair or Replace. Justeru itu, mohon pencerahan:

i) perbezaan antara istilah retrofit & refurbishment dan repair & replacement.

ii) perbezaan corrective maintenance dengan repair & replace.
in Contract Administration 960 points 4 4 12

1 Answer

3 votes

Sekadar memberi pandangan.....
Persoalan sekarang adalah berkaitan dengan kaedah dan konsep penyenggaraan dibawah kontrak Facility Maintenance, maka adalah wajar kita perlu dengan jelasnya menyatakan konsep senggara itu demi menentukan samada ia dari jenis penyenggaraan rutin atau penyenggaraan berkala.

Kedua-dua konsep itu amat berbeda kerana kerja penyenggaraan rutin lebih kepada tindakaan preventive untuk memanjang service life span bagi setiap komponen berkaitan demi mengelak terjadinya kecacatan kesatu tahap yang minimum. Sebaliknya penyenggarran berkala lebih kepada kaedah untuk membaiki segala kecacatan yang tertimbul dengan kaedah pembaikan yang bersesuaian berasaskan kepada jumlah peruntukan yang diperolehi.

Balik kepada perbedaan kaedah retrofit & refurbishment dan repair & replacement. Kedua-dua konsep penyenggaraan itu amat berbeda dari sudut tindakan, keadah penyanggaraan dan penglibatan kos penyenggaraan. Sudah pasti kaedah retrofit & refurbishment akan menjadi jauh lebih mahal berbanding dengan kaedah repair & replacement kerana ia merupakan tindakan penyenggaraan yang berkonsepkan tindakan proactive untuk tingkatkan keutuhan dan pengkukuhan struktur serta peningkatan kualiti kesatu tahap yang lebih mantap. Sebaliknya kaedah penyenggaraan yang berasakan kepada konsep repair & replacement sudah pasti akan menjadi lebih murah kerana ia lebih kepada tindakan mitigasi semasa untuk menjaminkan struktur berkaitan dapat berfungsi mengikut kehendak rekabentuk asal sekadar membaiki apa yang rosak dan menggantikan segala komponen yang tleh rosak kesatu tahap yang tidak berfungsi lagi.

Perbedaan corrective maintenance dengan repair & replace adalah lebih kepada proses dan tindakan. Memang terdapat perbedaan antara kedua kaedah itu. Corrective maintenance lebih kepada satu tindakan proactive untuk melambatkan dan mengurangkan atau melambatkan proses kejadian kecacatan kesatu tahap yang lebih lama. Disamping itu ia juga merupakan satu strategik tindakan untuk memanjangkan service atau usesful life span strutktur berkaitan. Maka dalam proses tersebut kita akan terlibat dengan tindakan retrofit & refurbishment. Sebaliknya repair & replace lebih kepada tindakan semasa untuk membaiki struktur itu andai tertimbulnya kecacatan dan tindakannya lebih kepada mengekalkan service life span mengikut kehendak rekabentuk asal.

48,820 points 106 195 351
edited by
...