search
Log In
9 votes
27 views
Assalamualaikum... Tuan. soalan saya dalam membuat design mix cth.nya Design Mix utk AC 14 . Bolehkah kita menggunakan Filler melebihi 2% . Contohnya 6% . Memandangkan semasa membuat design hanya dgn kandungan melebihi 2% baru lah berada dlm aggregate envelope. Spj.2008. Mohon penjelasan tuan..t.kasih
in Pavement 790 points 3 7 11
edited by

1 Answer

2 votes
 
Best answer
Mineral filler - bahan halus di mana minimum 70% melepasi ayak saiz 0.075 mm, diperlukan di dalam bahan turapan asphalt sebagai pengisi (fiiller) rongga udara di celah coarse dan fine aggregate. Disyorkan guna hydrated lime berbanding simen kerana ia boleh bertindak sebagai anti-stripping yang lebih baik dari simen selain turut memiliki ciri anti-oxidant yang boleh memperlahankan pengoksidaan bitumen yang menyebabkan pengerasan bahan pengikat aggregate itu dan keretakan pada permukaan jalan. Ciri anti-oxidant tidak ada pada simen.

Kenapa kita perlu anti-stripping? Stripping - berlaku akibat kegagalan ikatan antara aggregate dan bitumen disebabkan oleh air yang menyerap masuk di antara lapisan nipis bitumen dan permukaan aggregate, berpunca antaranya oleh jenis aggregate yang digunakan. Granite yang lazimnya dipakai sebagai aggregate di negara ini mengandungi silika yang tinggi lebih cenderung mengalami stripping. Oleh itu, anti-stripping seperti hydrated lime atau simen diperlukan.

Kandungan mineral filler itu dihadkan pada 2% dari berat aggregate. Jika simen digunakan terlalu banyak, ia boleh menyebabkan keretakan. Terdapat jenis aggregate yang tidak menghasilkan quarry dust dengan habuk halus yang banyak seperti quartzite (seperti yang terdapat di Kuari Pusat JKR, Temerloh) menyebabkan sukar untuk mendapatkan gredan aggregate yang mematuhi envelope seperti ditetapkan dalam spesifikasi JKR/SPJ/2008-S4. Bagi kes seumpama itu, perlu dapatkan quarry dust dari kuari lain. Tidak wajar ganti habuk halus itu dengan mineral filler. Lagipun, tidak ada kuari yang suka guna hydrated lime atau simen secara berlebihan oleh kerana kosnya yang lebih tinggi.
15,950 points 4 30 81
0

Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat, Ir Hizam yes yes yes​​​​​​​

0
Terima kasih tuan.
...