search
Log In
16 votes
45 views
Soalan saya adalah kerana terdapat segelintir pengajar yang mengajar kursus-kursus tidak mempunyai skill lansung dalam mengajar...

Input yang mereka berikan sangat berguna..tapi cara penyampaian sangat tidak berkesan..

oleh yang demikian maklumat yang disampaikan tidak sampai kepada pelajar..

dan pelajar yang hadir kursus tidak mendapat benefit dari kursus tersebut..

dan kursus tersebut tidak lagi dicadangkan untuk masa akan akan datang kerana implikasi dari penceramah yang tidak berkualiti dari segi penyampaian.
in Human Resource Management 600 points 2 4 7

2 Answers

6 votes
Assalam. Soalan yang bagus. Sebelum ini memang ada kursus yang dipanggil Training for Trainer tapi sekarang sudah jarang kedengaran. Cadangan saya pihak berkaitan kena buat balik kursus tersebut di atas untuk tenaga pengajar yang berkaitan. Tq
520 points 1 2 4
0
Assalam. Setuju, pendedahan yang diberikan oleh rakan sekerja amat baik serta boleh digunapakai untuk menjalankan kerja yang berkaitan. Tetapi setelah kita menguasai salah satu kerja tersebut, teknik penyampaian kita kepada orang lain tidak berapa berkesan.
0
betol..mohon kerapkan lagi kursus tersebut dan buka kepada yang betul-betul minat mengajar dan mempunyai pengetahuan dalam kepakaran.
6 votes

Sekadar memberi pandangan.....
Pada pendapat saya setiap kali kita menghadiri kursus itulah masanya kita diberikan pendedahan cara bagaimana penceramah itu mengajar, maka andai sesiapa ingin mengajar pasti akan tumpu kepada gaya, cara penyampaian, teknik memberi penerangan dan cara berinteraksi ketika penceramah tersebut memberi ceramah. Disamping itu ketika di sekolah, kolej dan university setiap hari kita akan melihat gaya cikgu atau pensyarah mengajar.

Saya rasa pendedahan yang ada pada kita sepanjang kehidupan kita sudah pasti boleh membantu kita kesatu tahap yang mencukupi untuk bermula dan hanya melalui pendedahan yang setimpal sahaja kita akan menjadi lebih kompeten untuk menyampaikan tujuan sasaran terhadap tajuk yang kita ingin cemburi sebagai pengajar. Selain itu bakat semula jadi yang ada pada setiap individual itu juga memainkan peranan yang agar penting.

Berikut adalah berberapa pandangan yang mungkin tuan boleh mengambil sebagai rujukan andai belum ada peluang untuk menghadiri kursus untuk memperolehi skill mengajar:-

  • Kenal pasti tajuk yang akan menjadi sasaran mengajar.
  • Cari dan kumpulkan rujukan research papers yang pernah dipamerkan dalam internet.
  • Semak dan berinteraksi dengan otai yang berpengalaman untuk memperolehi ilmu tambahan sebagai rujukan.
  • Fahami dengan jelas dan telitinya tajuk penyampaian.
  • Sediakan nota kursus yang padat dan menyeluruh.
  • Kadungan nota kita harus jelas mencukupi untuk dijadikan rujukan.
  • Sediakan slide presentation yang menarik dengan flow presentation yang mempunyai turutan yang ada kesinambungan.
  • Sampaikan ceramah dengan keyakinan yang tinggi.
  • Kerapkan berinteraksi two way.
  • Cuba jawapakan sebanyak soalan yang boleh.
  • Membuat latihan dirumah untuk mendapat timing yang baik.
  • Video klipkan ceramah kita untuk dikaji semula.
  • Cuba belajar buat slide presentation sendiri dengan ayat sendiri demi memudahkan proses mengajar.
48,820 points 106 195 351
edited by
...