search
Log In
9 votes
35 views
Adakah audit tenaga dapat membantu menjimatkan tenaga dalam bangunan?
in Green 270 points 1 2

2 Answers

7 votes
 
Best answer
Selamat petang,

Pertamanya, audit tenaga adalah satu aktiviti untuk menilai prestasi penggunaan tenaga elektrik dalam sesebuah bangunan. Salah satu caranya ialah mengenalpasti jika terdapat praktis atau behaviour penghuni bangunan yang membawa kepada pembaziran tenaga. Satu lagi cara ialah mengenalpasti potensi langkah penjimatan tenaga dalam bangunan tersebut.

Selepas audit dibuat, pengaudit akan mengeluarkan laporan yang mengandungi cadangan langkah penjimatan tenaga yang merangkumi langkah tanpa kos, seperti kempen kesedaran, dan tutup suis lampu atau komputer jika tidak digunakan. Juga mencadangkan langkah membabitkan kos kepada penghuni bangunan seperti menukar sistem penymana udara yang uzur atau sistem lampu kepada yang lebih cekap tenaga.

Sedikit sebanyak, audit tenaga boleh memberi gambaran jelas kepada penghuni tentang prestasi tenaga dalam bangunan miliknya. On its own, audit tenaga tidak membantu jika tiada tindakan susulan dan iltizam untuk melaksanakan langkah penjimatan tersebut daripada pihak penghuni bangunan.
4,460 points 2 12 30
selected by
2 votes

"you can't manage what you can't measure.” - Peter Drucker.

Energy Audit (other name: Energy Review) = Process to measure. What to measure? - Menilai prestasi penggunaan tenaga (semua jenis tenaga) di dalam sesebuah bangunan.

Once we obtain the results (indicators) from the measurement (auditing), then we can manage the energy consumption in that particular building.

1,180 points 1 5 15
...