Pada pandangan saya, ada 2 kemungkinan besar perkara ini berlaku:
1. Kurang kesedaran.
2. Kurang pengetahuan.
Sesuatu arahan daripada pengurusan atasan perlu selari dengan kesediaan pegawai di dalam aspek kesedaran dan pengetahuan. Jika kita ambil mekanisme sesuatu undang-undang baru yang diperkenalkan oleh kerajaan, akan ada tempoh 'bertenang' untuk badan yang bertanggungjawab melaksanakan undang-undang tersebut secara keseluruhan. Mekanisme ini boleh digunapakai ke atas segala Arahan KPKR bagi sesuatu perkara.
Bagi memastikan Life Cycle Costing ini dilaksanakan sepenuhnya semasa pelaksanaan projek, cawangan yang bertanggungjawab perlu merangka dan melaksanakan program bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan para pegawai JKR di dalam bidang ini. Dan saya percaya, cawangan berkenaan telah dan dalam peringkat pelaksanaan untuk meningkatkan keupayaan para pegawai JKR.