Merujuk kepada Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2012 - Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan 2012, definisi Aset Tak Alih adalah aset yang secara kekal/tetap atau bersifat kekal/tetap berada pada tempatnya, tidak boleh dialih atau sukar dialihkan atau usaha untuk buka semula/penanggalan melibatkan keperluan kepakaran teknikal atau perundangan yang berkaitan termasuk Aset tak Alih Warisan. Dalam konteks aset jalan, boleh dikatakan kesemua aset yang terlibat termasuk perabot jalan adalah dibawah kategori aset tidak alih kerana sukar dialihkan atau memerlukan kepakaran teknikal untuk menanggalkannya.
Untuk pelupusan aset tidak alih jalan, Prosedur Pelupusan Aset boleh dirujuk di dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Senggara iaitu JKR>PK(O).10 dibawah proses 6.2 - Proses Kerja Pelupusan Aset - Pembatalan Pewartaan Jalan (Degazetting)
Semakan penentuan jalan sama ada ianya jalan negeri atau persekutuan perlu dibuat. Sekiranya terdapat jalan negeri yang diselenggara oleh pihak konsesi, ia perlu di daftarkan dibawah jalan persekutuan, melalui permohonan pewartaan jalan. Pihak JKR Negeri (Pegawai Penguasa) perlu membuat permohonan kepada KKR dan prosedur penerimaan aset jalan perlu dilaksanakan dengan merujuk kepada prosedur JKR.PK(O).06C proses 6.1 (b) Proses Kerja Penerimaan Tanggungjawab Operasi dan Penyenggaraan Aset Jalan. Selepas penerimaan tanggungjawab telah dibuat, prosedur pendaftaran aset jalan perlu dilaksanakan dengan merujuk prosedur JKR.PK(O).06D proses 6.1(b) Proses Kerja Daftar Premis Aset (DPA) dan perlu di daftarkan dalam sistem MySPATA. Disebabkan sistem MySPATA sedang dalam tindakan untuk diggantikan dengan sistem yang lain, maka pendaftaran seksyen jalan boleh dilaksanakan terlebih dahulu secara offline sehingga sistem pendaftaran aset alih yang baru siap.