search
Log In
7 votes
141 views
Pihak pelangan telah tidak berpuashati dan merayu kepada JKR supaya memaklumkan kepada pihak kementerian pelanggan dahulu bagi setiap VO dan EOT kerana ianya melibatkan tambahan kos yang mereka terpaksa juga merancang semula untuk mendapatkan peruntukan tambahan dan logistik.
in Project Management 42,830 points 28 108 208
edited by

2 Answers

1 vote
Tak perlu. Dalam syarat 2 kontrak, kuasa untuk melulus VO dan EOT adalah bawah Pengawai Penguasa/ Pengarah Projek.
23,840 points 32 80 152
7 votes
Walaupun kuasa untuk meluluskan V.O. atau E.O.T adalah kuasa yang diberikan kepada Pegawai Penguasa/Pengarah Projek, namun, jika kelulusan yang diberikan oleh PP melibatkan pertambahan peruntukan, maka pihak Jabatan Pelanggan perlu memohon peruntukan tambahan daripada pihak EPU.

Apabila ini berlaku (permohonan untuk mendapatkan peruntukan tambahan daripada pihak EPU oleh Jabatan Pelanggan), maka adalah menjadi hak Jabatan pelanggan untuk tidak mempersetujui dengan kos tambahan tersebut, kecuali dalam keadaan hidup atau mati atau dalam keadaan yang melibatkan keselamatan dan kesihatan (health & safety).

Gambarkan situasi dimana PP telah meluluskan VO tanpa mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pelanggan terlebih dahulu, dan akhirnya peruntukan yang diluluskan untuk projek tersebut tidak mencukupi untuk membayar VO tersebut.

Pihak Jabatan Pelanggan boleh untuk tidak mempersetujui dengan VO tersebut jika mereka merasakan VO tersebut tidak memberi nilai tambah kepada projek mereka atau jika mereka berpendapat bahwa VO tersebut hanya boleh dipersetujui dengan syarat dibuat dengan pengurangan skop kerja lain, atau diluluskan dengan syarat dibayar menggunakan penjimatan dalaman.

It would be quite difficult to pay menggunakan penjimatan dalaman jika perancangan awal tidak dibuat untuk menjimatkan/memotong skop/ mana-mana item didalam kontrak.

Jika bayaran dibuat juga keatas skop yang tidak ada didalam kontrak asal, JKR boleh dianggap sebagai telah membelanja melebihi kontrak dan boleh dianggap sebagai telah melanggar peraturan kewangan.
10,740 points 10 42 73
...