search
Log In
11 votes
31 views
in Forensic Architecture 810 points 6 7 10

1 Answer

3 votes
 
Best answer

Sekadar memberi pandangan.......

Sebelum kita berbincang pasal kerja Regular Maintenance dan Kes Forensik Seni BIna, kita harus memahami urusan kerja penyenggaraan dengan secukupnya. Kebiasaan dalam amalan kerja senggara yang bagus harus merangkumi isu-isu berikut:-

  • Tatacara pemeriksaan rutin yang berjadual ikut kehendak skop kerja.
  • Skop dan program kerja penyenggaraan rutin berjadual yang teratur.
  • Budget penyenggaraan yang mencukupi ikut perjadualan.
  • Jadual latihan yang teratur untuk melatik pada pegawai yang dinamakan sebagai penyelia kerja penyenggaraan. Disamping itu perlu juga mengwujudkan tatacara dan proses pemeriksaan yang teratur dengan penggunaan borang pemeriksaan yang sistematik.
  • As built drawing untuk semua bangunan lama juga perlu dikumpul dan disimpan sebagai bahan rujukan.
  • Inventori asest yang menyeluruh juga perlu diwujudkan.

Balik kepada isu Kes Forensik Seni Bina, ia lebih kepada kejadian kecacatan yang bukan dirangkumi dalam urusan kerja penyenggaraan rutin. Ia lebih kepada siasatan terperinci yang lebih menjurus kepada punca kejadian kecacatan yang diluar jangkaan biasa seperti bangunan runtuh, mendap, tercondong, bumbung runtuh dan lain2. Maka kerja pemeriksaan rutin dan kerja penyenggaraan rutin yang berjadual adalah sangat penting untuk dijadikan amalan yang bagus demi mengelakkan kejadian yang luar biasa dimana perlu laksanakan siasatan forensik yang terperinci.

49,050 points 106 197 356
selected by
...