search
Log In
8 votes
61 views
in Stakeholders Management 1,200 points 7 12 19

1 Answer

3 votes
 
Best answer
Sebelum kita mengenalpasti pengaruh stakeholder elok kita tahu apa atau siapa itu stakenholder dahulu. Terdapat 2 jenis orang yang berkepentingan (stakeholder) dalam setiap projek iaitu Luaran dan Dalaman. Stakeholder dalaman iaitu Pengurusan Atasan dan Ekskutif, Cawangan Bisnes(HOPT), Cawangan Pakar (HODT) dan Negeri (PTB). Stakeholder Luaran adalah lebih kompleks iaitu kementerian pelanggan, pengguna fasiliti atau premis, pihak pembekal utiliti yang terdiri dari TNB, pihak berkuasa Air, Telekom, IWK , Majlis Daerah/Perbandaran, JKR Bahagian Pembangunan Tepi Jalan, Bomba, Jabatan Alam Sekitar, penduduk sekitar projek serta orang ramai, media dan orang poliltik juga NGO-NGO Alam sekitar.

Setelah kita mengetahui semua stakeholder terlibat barulah kita dapat melihat kepentingan pengaruh setiap stakeholder tersebut betapa penting untuk ditangani dengan berhemah dan berhati-hati yang jika sekiranya gagal sememangnya akan menjejaskan perjalanan projek atau pun projek tidak dapat diteruskan.
42,780 points 28 107 208
edited by
...