Masalah psikologi, emosi, tekanan kerja dan juga masalah-masalah lain memerlukan perhatian dan bimbingan mereka yang ditauliahkan dalam kepakaran mendengar dan memberikan pandangan di setiap Jabatan dan Agensi Perkhidmatan Awam.
Akrab berfungsi bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berprestasi tinggi.
untuk mencapai target tersebut, semua pihak haruslah rasional dalam membangunkan keyakinan diri sendiri dan juga individu lain.
Sejauh mana masalah-masalah ini diberikan perhatian selain usaha - usaha menaikkan nama agensi, mengejar KPI dan melaksanakan tugas mengikut kompetensi masing-masing?.