Sekadar memberi pandangan.....
Sebelum kita berbincang perihal tanggungjawab ICE, harus memahami kandungan kontrak lantikan tersebut demi memastikan perkara-perkara berikut terkandung dalam kehendak kontrak:-
- Apakah paras kelayakan akademi yang harus dimiliki oleh pihak ICE?
- Tempoh pengalaman minima yang harus dicapai?
- KIta harus teliti bahawa adakah kandungan kontrak itu telah dengan jelasnya menyatakan peranan dan tanggungjawab pihak ICE.
- Apakah peranan yang harus dimainkan oleh pihak ICE?
- Adakan standard checklist tugasan dan tanggungan disediakan sebagai senarai semakan?
- Apakah penalty yang boleh dikenakan terhadap pihak ICE andai gagal melaksanakan tugas-tugas tersebut.
Akhir kata, andai kandungan kontrak perihal tanggungjawab pihak ICE adalah jelas maka sudah pasti pihak HODT tidak perlu memainkan peranan mereka lagi. Pihak HODT hanya perlu memastikan pihak ICE itu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan merujukkan kepada kandungan kontrak dengan perincian yang teliti.